- Ikan hiasan yang dipelihara mudah mendapat penyakit
- Antara penyakit yang boleh menjangkiti ikan hiasan ialah penyakit bintik putih, kulat dan bakteria.
- Ikan hiasan mudah dijangkiti apabila :
- Suhu air di dalam akuarium terlalu rendah atau tinggi.
- Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak dibersihkan dalam jangka masa yang lama.
- Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
Penyakit Ikan Hiasan
Jangkitan bakteria
- ikan dijangkiti bakteria disebabkan mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan yang stres.
Penyakit Bintik Putih
- penyakit ini disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisiknya.
- ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk.
Jangkitan Kulat
- kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal.
- sirip, mulut dan badan ialah bahagian pada ikan yang sering dijangkiti kulat.
Simpton-simpton jangkitan penyakit pada ikan hiasan
- Bintik putih seperti gula pada badan dan sirip ikan.
- Tumbuh kulat pada bahagian kulit ikan yang luka.
- Kulit berubah warna menjadi pudar.
- sisik atau ekor mengembang.
- Perut ikan buncit.
No comments:
Post a Comment