Sunday, August 26, 2012

Mencegah dan merawat penyakit ikan

Sekiranya ikan hiasan yang dipelihara mempunyai simpton-simpton penyakit seperti yang telah dinyatakan, langkah pencegahan awal perlu dilakukan.

Antaranya ialah :

  • asingkan ikan yang berpenyakit ke tempat lain.
  • rawat ikan yang berpenyakit

Contoh penyakit ikan hiasan & cara pencegahan








Contoh lain adalah seperti dalam jadual di bawah


Penyakit
Simpton
Punca
Rawatan
Bintik Putih (white spot)
Bintik seperti gula pada badan dan sirip
Parasit Protozoa
Ubat parasit
Columnaris
Kapas putih bercambah dari sirip atau badan
Bakteria-Flexobacter
Ubat fungus
Sirip Busuk (Fin rot)
Sirip rosk atau kembang
Fungus Saprolegnia
Ubat fungus
Flavo Bacteria
Ikan berenang tanpa tujuan dan menggelupar
Bakteria dalaman
Ubat parasit

Penyakit Ikan Hiasan


  • Ikan hiasan yang dipelihara mudah mendapat penyakit
  • Antara penyakit yang boleh menjangkiti ikan hiasan ialah penyakit bintik putih, kulat dan bakteria.
  • Ikan hiasan mudah dijangkiti apabila : 
  1. Suhu air di dalam akuarium terlalu rendah atau tinggi.
  2. Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak dibersihkan dalam jangka masa yang lama.
  3. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Penyakit Ikan Hiasan



 Jangkitan bakteria


  • ikan dijangkiti bakteria disebabkan mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan yang stres.



Penyakit Bintik Putih

  • penyakit ini disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisiknya.
  • ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk.



Jangkitan Kulat

  • kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal.
  • sirip, mulut dan badan ialah bahagian pada ikan yang sering dijangkiti kulat.


Simpton-simpton jangkitan penyakit pada ikan hiasan

  1. Bintik putih seperti gula pada badan dan sirip ikan.
  2. Tumbuh kulat pada bahagian kulit ikan yang luka.
  3. Kulit berubah warna menjadi pudar.
  4. sisik atau ekor mengembang.
  5. Perut ikan buncit.



Pembersihan Akuarium

Kerja pembersihan akuarium perlu dilakukan supaya ikan hiasan dan tumbuhan akuatik sentiasa berada pad tahap yang baik.


Bagi melihat langkah-langkah pembersihan akuarium, sila lihat video dibawah









Pengurusan


Mengenal dan memilih jenis makanan hiasan

  • terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh diberikan kepada ikan hiasan yang dipelihara.
  • antara makanan tersebut ialah makanan hidup, makanan kering, makanan basah dan makanan rumusan.
  • makanan yang diberi bergantung kepada ikan yang dipelihara.

Contoh makanan hidup




Ulat Roti


                                       Plankton




 Cengkerik
                                                                   Lipas


Cacing darah










Contoh makanan kering


Cacing darah (Bloodworm) yang diawet kering

Udang geragau kering


Contoh makanan basah

Moina, daging atau hati yang dibekukan
                

                            Kerang segar










Contoh makanan rumusan



Emping

                           Pellet

Penyediaan akuarium/bekas

Menyediakan dan menghias akuarium

Bagi menyediakan dan menghias akuarium, sila lihat video dibawah


Video Penyediaan akuarium




Video memasukkan ikan ke dalam akuarium

Pemilihan akuarium/bekas dan aksesori


  • Pemilihan akuarium atau bekas hendaklah sesuai dengan saiz ikan yang ingin dipelihara.
  • akuarium yang dipilih boleh dilengkapi dengan pelbagai aksesori supaya kelihatan lebih menarik.
  • Antara kelengkepan dan aksesori yang digunakan adalah seperti gambar berlabel di bawah.                               
Akuarium


















Model/Ornamen
Kayu Buruk 
 Pasir Sungai
 Batu Hiasan
 Tumbuhan Akuatik

 Penapis Air

Pam Air

Saturday, August 25, 2012

Penyediaan Bekas/akuarium


  • Penyediaan Bekas  untuk pemeliharaan ikan hiasan amat penting dan perlu dititikberatkan oleh penggemar ikan hiasan. 
  • pilih bekas yang sesuai dengan jenis ikan hiasan
  • bekas biasanya dipilih mengikut kehendak pemelihara ikan hiasan.


Pelbagai jenis bekas/akuarium ikan hiasan



Memilih Ikan Hiasan

Ikan yang hendak dipelihara mestilah mempunyai ciri-ciri yang berikut :

  1. mudah dipelihara
  2. boleh bercampur dengan ikan lain (kecuali spesies ikan spt ikan pelaga)
  3. tahap terhadap serangan penyakit
  4. tahan terhadap perubahan suhu dan mutu air

Pemilihan tumbuhan akuatik atau tumbuhan tiruan

  • Tumbuhan akuatik ialah tumbuhan air yang boleh diletakkan di dalam akuarium ikan hiasan.
  • Tujuannya adalah untuk mencantikkan akuarium dan membekalkan oksigen kepada ikan hiasan.
  • Ia juga dijadikan sumber makanan sampingan kepada ikan hiasan
  • Tumbuhan tiruan berfungsi hanya sebagai hiasan sahaja.

Contoh tumbuhan akuatik terapung










Pokok Teratai







Pokok Kiambang
Pokok Keladi Bunting
























Contoh tumbuhan akuatik tenggelam






Cabomba





Java Fern






Red Telanthera









Tumbuhan akuatik Tiruan  

Spesies Ikan Hiasan Tropika


  • Terdapat berbagai spesies ikan hiasan tropika yang boleh dipelihara. 
  • Ikan Hiasan boleh hidup di dalam air tawar atau air masin.
  • kebiasaannya dipelihara di dalam akuarium atau kolam hiasan
Tujuan pemeliharaan ikan hiasan :

a ) menceriakan kawasan sudut rumah, pejabat atau kelas

b) Memberi ketenangan kepada pemiliknya.

c) menghayati kehidupan alam akuatik

Mari kenali beberapa spesies ikan hiasan dan ciri-ciri istimewanya :D

Anglefish


  • Warna:  Putih keperakan, kebiruan dan berbelang hitam
  • Asal : Amerika Selatan
  • Makanan : Makanan rumusan, tumbuhan akuatik, hidupan air kecil.
  • Pembiakan: Bertelur
  • Saiz maksimum: 15 cm panjang


Ikan Kelisa




  • Warna :  keemasan, keperakan
  • Asal       : Amerika Selatan
  • Makanan           : Semua haiwan kecil
  • Pembiakan        : Bertelur
  • Saiz maksimum : 100 cm panjang




Ikan Emas



  • Warna :  keemasan, keputihan,  kemerahan
  • Asal  : China
  • Makanan : Semua haiwan makanan ikan
  • Pembiakan        : Bertelur
  • Saiz maksimum : 12 cm panjang








Ikan Guppy


  • Warna: Kemerahan, putih keperakan dan keemasan
  • Asal : Trindad
  • Makanan : semua jenis makanan ikan
  • Pembiakan: Bertelur
  • Saiz maksimum: 3 cm panjang






Ikan Pelaga


  • Warna: Biru kehitaman dan Kemerahan
  • Asal : Thailand
  • Makanan : semua jenis makanan ikan
  • Pembiakan: Bertelur
  • Saiz maksimum: 6 cm panjang



Ikan  Koi


  • Warna: Putih bertompok merah, bertompok hitam
  • Asal : Jepun
  • Makanan : semua jenis makanan ikan
  • Pembiakan: Bertelur
  • Saiz maksimum: 25 cm panjang

Mengenal Bahagian Luar Ikan dan fungsinya



Ikan Hiasan mempunyai beberapa bahagian luar yang mempunyai fungsi tertentu. Antaranya ialah mulut, mata, sisik, sirip, ekor dan penutup insang. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lihat pada gambar berlabel di bawah. 





Fungsi Bahagian Luar ikan


BIL.
NAMA BAHAGIAN BADAN IKAN
FUNGSI
1
Mulut

untuk makan

2
Sisik
Melindungi badan ikan dari penyakit dan kecederaan
3
Sirip Dorsal
Mengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah
4
Sirip Anal
Mengawal arah pergerakan ikan ke atas dan ke bawah
5
Mata
Melihat

6
Penutup Insang
Melindungi insang yang menyedut oksigen

7
Sirip Pektoral
Mengimbangi badan ikan, berundur berpusing dan mengapung badan ikan.

8
Sirip Pelvik
Mengimbangi badan ikan, berundur berpusing dan mengapung badan ikan.

9
Dubur
Mengeluarkan najis

10
Sirip kaudal
Mengawal pergerakan ikan ke hadapan